SK AGAMA (MIS) MIRI

LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI 2015

 

TARIKH:      26 JANUARI 2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Nik Adliah

 

 

Pengumuman

- Solat hajat murid tahun 6 akan bermula pada minggu ini

- Kursus kepimpinan bagi murid berjawatan ditangguhkan ke minggu hadapan.

 

2.0              Ucapan Guru Besar

2.1              En. Zaidi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Cikgu Clement.

2.2              Guru Besar mengucakan tahniah kepada semua guru kerana hadir ke sekolah pada waktunya iaitu sebelum 6:50 pagi.

2.3              Warga sekolah diingat untuk hafal dan faham visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Aspirasi Pendidikan Negara dan 11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.4              Semua murid haruslah mempunyai pengetahuan dan belajar kemahiran teknik berfikir dengan berkesan dan kerap.

2.5              Makluman untuk Penyelaras i-Think sekolah supaya membuat banner papan kenyataan akademik .

2.6              Pemberitahuan juga, Program 5S telah ditukar kepada Program Sunnah Rasulullah dan pelancaran program ini akan dijalankan tidak lama lagi.

2.7              En. Zaidi memberitahu GPS UPSR sekolah bagi tahun 2014 ialah 1.63 jatuh 0.01 dari tahun 2013. Walau bagaimanapun, SK Agama (MIS) Miri telah layak mendapat calon Anugerah New Deal dan pemantauan adalah pada Isnin hingga Rabu.Jadi, semua penyelaras sila kemas kini fail masing-masing.

2.8              Tahniah diucapkan kepada Penyelaras dan pembantu-pembantu bagi Program Transisi Tahun 1 yang telah berjaya dijalankan dan Program Motivasi Tahun 6 yang dianjurkan UBK sekolah.

2.9              Makluman juga, perjumpaan bersama murid-murid tahun 6 dan ibu bapa, guru kelas dan pihak pentadbir akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 31 Januari 2015.

2.10          Peringatan kepada semua, program sekolah bermula pada pukul 6.30 pagi bermula dengan Program Bacaan Yassin.

2.11          Program Nilam, Prod-A dan 5S/SR akan dijalankan pada minggu hadapan.

2.12          Murid dikehendaki memakai pakaian yang kemas, bersih dan segak semasa berada di dalam kawasan sekolah.

2.13          Peringatan juga kepada murid supaya tidak menghilangkan barang sendiri dan menjaganya dengan sebaik yang mungkin.

2.14          Program Sifar Sampah telah dijalankan dan murid diingat dupaya sentiasa menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.

2.15          Guru dan murid hendaklah memakai uniform lengkap pada Hari Ko-kurikulum iaitu pada hari Rabu.

2.16          Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ahmad Zahedi atas Program Tajwid yang diadakan pada Khamis malam Jumaat lepas.

2.17          Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Auzani atas pembentukan kumpulan kompang sekolah.

2.18          Perhimpuan bersurai

 

 

 

 

 

 

 

 

            Disedikan oleh;                                               Disahkan oleh;

 

 

    .........................................                             .........................................................

   (Cik Aneeza bt Baharum Shah)                   (Puan Fauzia bt Etayi Kandi Hassan)

  Penyelaras Perhimpunan Rasmi                      Penolong Kanan Hal Ehwal Murid