SK AGAMA (MIS) MIRI

LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI 2015

 

TARIKH:      02 FEBRUARI  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1              Cikgu Siti Aishah Ghani

 

2.0              Pengumuman

2.1              Ketua dan Penolong setiap kelas dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Dayang Fatima bagi mengambil Kit Nilam kelas masing-masing.

2.2              Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru bagi Bulan Januari

2.2.1        Ustazah Nadhirah – 08 Jan

2.2.2        Cikgu Dayang Sarimah – 13 Jan

2.2.3        Cikgu Liew – 14 Jan

2.2.4        Cikgu Norliana – 20 Jan

2.2.5        Cikgu Clement – 26 Jan

2.3              Pada hari Selasa bermula Program NILAM dan semua murid dikehendaki membawa bahan bacaan ke perhimpunan.

 

3.0              Ucapan Guru Besar

3.1              En. Zaidi mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Baharu, Ustaz Solahuddin Bin Che Pa yang berasal dari Kelantan dan kehadiran guru-guru pelatih dari IPG Miri bidang Pendidikan Islam yang akan berpraktikum dari 2 Feb hingga 1 Mei 2015.

3.2              Makluman untuk semua, Kelas KAFA daripada tahun 2 hingga tahun 5 akan bermula pada 3 Feb dari pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang.

3.3              Guru Besar memaklumkan pemantau audit kewangan bagi sekolah-sekolah bahagian Miri akan diadakan di sekolah ini bermula hari Isnin hingga Khamis. Peringatak kepada semua murid supaya tidak lalu di kawasan bilik rawatan gigi, bilik mesyuarat baharu dan pejabat am. Pemantauan New Deal sekolah pula adalah pada hari Rabu.

3.4              Makluman kepada semua murid supaya memberitahu ibu bapa untuk tidak memberhentikan kenderaan di kawasan zon larangan dari pagar sekolah hingga sekolah ke pintu pagar Surau Istiqamah. Ibu bapa boleh memberhentikan kenderaan mereka dari Pondok PIBG hingga pitu pagar belakang sekolah dan turunkan anak dalam masa 10 saat.Ibu bapa tidak dibenarkan memakir kenderaan untuk turunkan anak-anak mereka.

3.5              Pihak sekolah akan mengedarkan surat yang menyatakan penghargaan kepada ibu bapa yang terlibat dengan gotong-royong kelas anak-anak mereka dan larangan memakir kenderaan di kawasan larangan yang tertentu.

3.6              Semua murid harus menunggu ibu bapa mereka dalam kawasan ekolah selepas waktu persekolahan dan maklum kepada ibu bapa supaya menjemput anak mereka di dalam kawasan sekolah.

3.7              Pihak sekolah mengucapkan tahniaha kepada adik Muhd Fudzail dari Kelas 4A kerana telah mendapat tempat ke-5 dalam kejohanan karate peringkat antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur.

3.8              Tahniah juga diucapkan kepada murid yang berjaya di dalam Pertandingan Boling Peringkkat Bahagian Miri di mana sekolah telah memeangi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Lelaki dan Tempat Pertama bagi Kategori Perempuan.

3.9              Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang terlibat dengan Program UBK pada Jumaat dan Program Kecemerlangan Murid pada hari Sbtu lepas. Pengerusi JK Kecemerlangan yang baharu dilantik ialah En. Yazid.

3.10          Peringatan kepada murid tahap 1 supaya tidak berlari dalam kawasan sekolah.

3.11          Ibu bapa juga tidak boleh duduk di luar kelas dari mula hingga waktu balik sekolah di blok-blok akademik.

 

4.0              Ucapan GPK HEM

4.1              Semua murid dikehendaki menyediakan sebuah buku bagi menampal segala surat dan makluman yang perlu disampaikan kepada ibu bapa.

4.2              Murid perempuan dilarang sama sekali mamakai kerongsang pada tudung manakala murid lelaki sentiasa memakai songkok.

4.3              Semua murid harus memastikan kebersihan diri dijaga, emmotong kuku dan berpakaian kemas.