SK AGAMA (MIS) MIRI

LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI 2015

 

TARIKH:      09 FEBRUARI  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Betty

      Isnin: Cikgu Dayang Sarimah, Cikgu Betty & Cikgu Ahmad                                  Muinuddin

      Selasa: Cikgu Aileen & Ustazah Rozana

      Rabu: Cikgu Saberi & Cikgu Laila

      Khamis: Cikgu Aznizah & Cikgu Norliana

      Jumaat: Ustazah Aimi Nadirah & Cikgu Martha

1.2       Kelas Bertugas: 4C & 4D

 

2.0              Ucapan Guru Besar

2.1              Guru Besar memaklum hasil mesyuarat beliau di IPG Kampus Sarawak pada Jumaat lepas

~ Lawatan kerja oleh Ketua Sektor SPI, Dr. Azhar yang akan berada di  Miri pada 14 Februari

~ Sekolah akan terlibat dengan pameran, sesi dialog dan seminar

~ Nasihat Pengarah supaya semua penyelaras bersedia dan PdP hendaklah dijalankan seperti biasa.

~ Maklum kepada Pegawai Keselamatan supaya memastikan pintu pagar sentiasa ditutup.

2.2              Terdapat ibu bapa yang amsih menurunkan anak mereka di kawasan larangan pemberhentian kenderaan. Hal ini amat mendukacitakan pihak sekolah kerana beberapa kali peringatan telah diberitahu kepada ibu bapa. Sekali lagi, Guru Besar berpesan supaya murid memaklumkan ibu bapa berkenaan larangan memberhentikan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan.

2.3              Guru yang bertugas dikehendaki memaklumkan kepada ibu bapa yang memberhentikan kenderaan mereka di kawasan larangan.

2.4              Semua pihak haru memastikan kawasan sekolah berada dalam keadaan bersih. Selepas makan, sila pastikan pembungkus makanan dan sampah dibuang ke dalam tong sampah. Jika makanan atau minuman tertumpah, murid yang melakukannya dikehendaki membersihkan sendiri makanan yang tertumpah itu.

2.5              Dewan Ibnu Khaldun bukanlah tempat untuk murid makan di kawasan ini, jika ada melakukan aktiviti di dewan pada waktu petang, murid-murid tidak boleh makan di dalam dewan.

2.6              Cikgu-cikgu perlu membuat lawatan ke tandas-tandas murid bagi memastikan ia sentiasa bersih dan dalam keadaan yang terbaik.

2.7              En. Zaidi juga meminta guru-guru memastikan tiada lubang-lubang pagar yang boleh sesipa masuk dan keluar dari kawasan sekolah.

2.8              Peringatan tegas daripada Guru Besar supaya murid-murid terutama murid tahap 1 tidak berlari-lari dalam kawasan sekolah tetapi mereka boleh berjalan dengan pantas.

2.9              KSU di PPD Miri akan membuat lawatan mengejut ke beberapa sekolah di sekitar Bahagian Miri.

2.10          Semua warga sekolah mesti mengetahun “Battle Cry” untuk JPN Sarawak iaitu, fly kenyalang fly..fly high

2.11          Guru yang tidak hadir pada hari ini adalah Cikgu Jauyah, Ustazah Rozana dan Cikgu Anis

2.12          Guru Besar memaklumkan ada murid yang seringkali bukunya dikoyak-koyak. Siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti kejadian ini.

2.13          Tahniah diucapkan kepada 4 orang atilit boling yang akan mewakili Bahagian Miri ke Pertandingan Boling Peringkat Negeri Sarawak.

2.14          Tahniah juga untuk Cikgu Nik Adliah dan UBK kerana berjaya melaksanakan  Kem Murid Berjawatan.

2.15          Puan Hajah Serina kini berada di sekitar bahagian Miri, jadi diminta semua bersedia kemungkinan beliau akan datang melawat sekolah.

2.16          Pada Sabtu ini, bersamaan dengan 14 Februari akan diadakan Kem Bestari Solat dan Gotong –royong.

2.17          Cuti sempena Perayaan Tahun Baru Cina adalah ditetapkan pada 17 Februari hingga 22 Februari 2015.

 

3.0              Ucapan GPK HEM

3.1              Vandalisme – ada murid yang merosakkan perhiasan pentas di dalam dewan, dan murid yang terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini supaya mengaku dan menyerah diri.

3.2              Jangan berlari-lari di dalam kawasan sekolah

3.3              Murid perlu beratur semasa membeli makanan di kantin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            Disedikan oleh;                                               Disahkan oleh;

 

 

    .........................................                             .........................................................

   (Cik Aneeza bt Baharum Shah)                   (Puan Fauzia bt Etayi Kandi Hassan)

  Penyelaras Perhimpunan Rasmi                      Penolong Kanan Hal Ehwal Murid