TARIKH:      16 FEBRUARI  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Nor Kuhi

2.1        Kelas Bertugas: 4C & 4D

 

2.0              Pengumuman

2.1              Cikgu Abdullah memaklumkan latihan nasyid akan diadakan pada waktu rehat.

2.2              Pertandingan pantun peringkat sekolah akan diadakan pada hari ini pada pukul 2.00 petang

2.3              Ckgu Sarbini memaklumkan keputusan Pertandingan Badminton Peringkat Bahagian Miri di ILP Miri.

2.4              Adik Mohd Radzien diumumkan menjadi Johan bagi Kategori Single dan Double bawah 12 tahun.

2.5              Manakala bagi Peringkat Negeri Sarawak, adik Mohd Radzien berjaya menjadi Johan Kategori Single yang telah diadakan di Sarikei.

2.6              Beliau akan mewakili Sarawak ke Peringkat Kebangsaan di Selangor pada 13 Mac 2015.

 

3.0              Ucapan Guru Besar

3.1              Guru Besar memberi pujian kepada pembaca ikrar pada hari ini kerana bersemangat dan seperti pemidato yang hebat.

3.2              Beliau memaklumkan cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina akan bermula pada 17 – 22 Februari 2015. Cuti pada 16hb tidak diluluskan kerana sekolah tiada murid berbangsa Cina.

3.3              Guru-guru Pelatih perlu bercuti mengikut sekolah dan bukannya mengikut IPG.

3.4              Semua murid dikehendaki memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan kemas sebelum balik sekolah. Pastikan tiada sisa makanan di dalam kelas dan pintu hendaklah ditutup.

3.5              Pemantauan Nazir di antara 23 hingga 27 Februari 2015. Seluruh sekolah diminta bersedia.

3.6              Guru Besar mengucapkan tahniah kepada adik Mohd Radzien kerana berjaya menjadi Johan Pertandingan Badminton Peringkat Bahagian dan Negeri Sarawak.

3.7              En. Zaidi memaklumkan juga, pada minggu lepas pihak sekolah telah menegelolakan Kejohanan Boling Peringkat Kebangsaan di Megalanes Bintang Megamall, Miri. Pihak sekolah diberi pujian kerana sukses dalam pengelolaan ini.

3.8              Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua guru-guru yang bergotong-royong menceriakan panitia-panitia masing-masing.

3.9              Murid-murid diingat supaya tidak menconteng atau membuat vandalisme kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.

3.10          Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dengan Pameran di IPG Kampus Miri dan telah mendapat pujian daripada Puan Hajah Sarina.

3.11          Tahniah juga diucapkan kepada ustaz dan ustazah yang terlibat dengan Kem Bestari Solat pada Sabtu lepas.

3.12          Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru pelatih yang telah mengecat bilik operasi sekolah.

3.13          Guru Besar berharap, perkara-perkara yang tidak baik tentang sekolah tidak sampai kepada pihak atasan.

3.14          Sijil sakit hendaklah dihantar 3 hari selepas pada hari yang tidak datang ke sekolah.

3.15          Jika murid tidak hadir pada hari ini (16 hb), sila beri surat tunjuk sebab atau sijil sakit kepada pihak sekolah.

3.16          Berhati-hati semasa cuti sekolah dan diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada guru-guru yang berbangsa Cina. Gong Xi Fa Chai.