TARIKH:      23 FEBRUARI  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Nor Shafini

      Isnin:  Cikgu Nadzaty & Ustaz Waili dan Cikgu Veronica

      Selasa: Cikgu Rubika & Ustazah Siti Aishah

      Rabu:  Ustaz Hafiz & Ustazah Norasyikin

      Khamis: Cikgu Nor Shafini & Cikgu Abu Suffian

      Jumaat: Cikgu Dayangku Nurhazrin & Cikgu Aneeza

2.1        Kelas Bertugas: 5A & 5B

 

2.0              Pengumuman

2.1              GPK Pentadbiran, Cikgu Sapree membuat pengumuman memaklumkan tarikh Ujian Prestasi 1 telah ditetapkan pada 10, 11 dan 12 March 2015.

2.2              Antara subjek yang akan ada ujian adalah, Bahasa Melayu, Bahsa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Dunia Sains dan Teknologi dan Bahasa Arab.

2.3              Soalan hendaklah disediakan dari jenis aras rendah, sederhana dan tinggi.

2.4              GPK Ko-kurikulum, Cikgu Sarbini memaklumkan bahawa minggu ini merupakan perjumpaan kali pertama unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

2.5              Guru-guru dan murid-murid dikehendaki merujuk papan kenyataan unit kokurikulum untuk maklumat masa dan tempat perjumpaan masing-masing.

 

 

 

 

3.0              Ucapan Guru Besar

3.1              Guru Besar memaklumkan ketidakhadiran guru pada hari ini.iaitu, Cikgu Aznizah (bercuti kahwin), Cikgu Clement (Cuti Tahun Baru Cina) dan Cikgu Anis yang sakit.

3.2              Mensyuarat guru akan diadakan pada Hari Khamis bersamaan dengan 26 hb Mac 2015.

3.3              Bagi persediaan pemantauan New Deal iaitu pada hari Rabu (25 Mac) dimohon semua pihak supaya membuat persiapan yang sewajarnya.

3.4              Pemantau New Deal ini juga memerlukan guru-guru bersedia dengan PdP masing-masing berkemungkinan ada pencerapan dibuat oleh pegawai yang hadir nanti.

3.5              Mohon kerjasama semua murid supaya menjaga disiplin dan sekiranya tiada aktiviti petang di sekolah, murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah. Hal ini adalah kerana terdapat murid yang membuat vandalisme dalam kawasan sekolah.

3.6              Encik Zaidi juga memaklumkan, esok akan diadakan Kejohanan MSSR Bahagian Miri dan sekolah kita telah menghantar wakil Pertandingan Kawad Kaki dan Acara Olahraga. Petang ini akan diadakan Raptai Pertandingan Kawad.

3.7              Kejayaan tidak penting tetapi usaha yang berterusan diperlukan supaya boleh meningkatkan kemajuan diri dan sekolah.

3.8              Semua pihak perlu bekerja keras bagi untuk mencapai kejayaan.

3.9              Semua pihak tidak boleh ambil atau alih aset sesuka hati tanpa merekod dan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3.10          Guru kelas hendaklah sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menjaga kebersihan terutama di bilik darjah dan tandas.

3.11          Perhimpunan bersurai pada jam 7:30 pagi.