TARIKH:      09 MAC  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Dorothy

      Isnin:  Cikgu Aisya Humaira Tan & Cikgu Dorothy

      Selasa: Cikgu Jauyah & Cikgu Mariaulfa

      Rabu:  Cikgu Sifwandy & Ustaz Abdullah

      Khamis: Ustaz Ahmad Zahedi & Cikgu Siti Aishah

      Jumaat: Cikgu Pridah & Cikgu Auzani

2.1        Kelas Bertugas: 5C & 5D

 

2.0              Pengumuman

2.1              Makluman untuk guru sila salin YesID masing-masing di papan notis bilik guru dan menandatanganinya.

2.2              Penyampaian hadiah pemenang tempat ke-tiga acara renang gaya bebas anjuran luar kepada Nur Inayah dalam kategori gaya bebas.

2.3              Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru bagi Bulan Februari

·         Cikgu Veronica

·         Cikgu Aisya Humaira

·         Guru Besar, En. Zaidi

·         Cikgu Dorothy

2.4              Penyampaian hadiah sempena kelahiran anak untuk Cikgu Hazelina

2.5              Makluman untuk pemain softball, latihan bermula pukul 2.00-5.00 petang bagi tahun 5 dan bagi tahun 6 adalah bermula selepas keals petang. Manakala latihan semasa cuti sekolah akan turut diadakan dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua pemain softball diminta tinggal selepas perhimpunan.

2.6              Cikgu Sarbini memaklumkan tiada perjumpaan GERKO pada minggu ini kerana minggu ujian.

2.7              Kelas Tasmik dan KAFA turut ditangguhkan hingga selepas cuti.

2.8              GPK HEM, Cikgu Fauzia mengingatkan murid supaya melabel barang masing-masing semasa cuti sekolah ini bagi mengelakkan barang sendiri hilang dan memudahkan diberi kepada tuannya sekiranya barangan tersebut hilang.

2.9              Murid-murid dikehendaki menjaga keberrsihan tandas dan ikutlah peraturan yang telah ditetapkan.

2.10          Murid tahap 1, diingatkan supaya tidak berlari dalam kawasan sekolah.

2.11          Setiap murid dikehendaki membawa air masak/suam/kosong masing-masing setiap hari kerana cuaca yang panas dan kering ketika ini.

 

 

3.0              Ucapan GPK Pentadbiran

3.1              Cikgu Sapri memaklumkan ketidakhadiran Guru Besar sehingga hari Khamis bermula hari ini kerana mengahdiri Mesyuarat Pengurusan SABK di Kuching, Sarawak.

3.2              Peringatan kepada murid tenatang peraturan-peraturan sekolah yang wajib dipatuhi:

·         pemakaian songkok bagi murid lelaki adalah wajib

·         memakai pakaian PJ yang lengkap

·         memakai pakaian PJ jika ada aktiviti atau kelas disebelah petang. Pakaian yang mempunyai lambang atau logo tertentu yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan

·         Memakai stoking yang bersih

3.3              Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan beberapa orang murid baharu ke SK Agama. Diharap rakan sekelas boleh berkawan dan membantu mereka.

3.4              Kelas petang bagi kelas UPSR dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu

·         Isnin – Bahasa Melayu

·         Selasa – Bahasa Inggeris & Bahasa Arab

·         Rabu – Matematik

·         Khamis – Sains

3.5              Walau bagaimanapun, jadual akan berubah selepas cuti sekolah iaitu pada hari Isnin dan Selasa, iaitu perlu ditukar hari sahaja.

3.6              Cikgu Sapri memaklumkan jadual Ujian Prestasi 1 & Pra UPSR 1 telah diedarkan kepada semua murid. Mohon murid belajar bersungguh-sungguh dan membuat persediaan yang mencukupi menghadapi ujian ini.

3.7              Solat Hajat bagi murid tahun 6 akan diadakan pada hari Khamis ini dengan dimulai dengan solat Maghrib, Isya’ dan Solat hajat berjemaah. Surat akan diedarkan pada hari esok.

3.8              Dialog Prestasi akan diadakan pada Jumaat, 13 Mac 2015 melibatkan guru-guru bagi subjek teras tahun 6 sahaja.

3.9              Perhimpunan rasmi sebelum bermula cuti sekolah akan diadakan pada hari Jumaat ini. Cuti pertangahan semester 1 bermula pada 14 Mac – 22 Mac 2015.

3.10          Cikgu Sapri berharap semua murid fokus kepada Ujian Prestasi 1 dan Pra UPSR ini.

3.11          Peringatan kepada murid-murid tahun 6 yang masih tidak menghantar borang pendaftaran UPSR, supaya berbuat demikian selewat-lewatnya esok.

3.12          Perhimpunan bersurai pada 07:30 pagi.