TARIKH:      02 MAC  2015

HARI:                        ISNIN

MASA:           7.10-7.40 PAGI

 

PERKARA:

1.0              Guru Bertugas

1.1        Ketua: Cikgu Nik Adliah

      Isnin:  Cikgu Abdullah

      Selasa: Ustaz Baderuzzaman & Cikgu Nik Adliah

      Rabu:  Cikgu Anis & Ustazah Masiah

      Khamis: Cikgu Dyg Nor Asrina & Cikgu Najmi

      Jumaat: Cikgu Hafizawati & Cikgu Juliana

2.1        Kelas Bertugas: 5C & 5D

 

2.0              Pengumuman

2.1              Penyampaian hadiah sempena memenangi tempat pertama di dalam Pesta Pantun Peringkat Bahagian Miri dan penyampaian sijil penghargaan tempat ke-lima pasukan Scrabble sempena Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Miri.

 

3.0              Ucapan GPK Pentadbiran

3.1              Cikgu Sapri mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan murid-murid dan guru yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan ko-akademik yang dijalankan sepanjang minggu lepas.

3.2              Cikgu Sapri memperkenalkan Cikgu Hamisah yang akan membuat program penanda arasan selama 2 minggu di sekolah ini. Mohon semua pihak memberi kerjasama kepada beliau dengan sepenuhnya.

3.3              Cikgu Sapri memaklumkan bahawa Guru Besar tidak dapat hadir pada hari ini kerana perlu menghadiri kursus NPQEL di Labuan.

3.4              Program Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR adalah kelas petang pada setiap Isnin hingga Khamis dan termasuklah Teknik Menjawab UPSR.

3.5              Beliau memaklumkan Program Penanda Aras Ko-kurikulum di SJKC Chung Hua Miri adalah pada 04 Mac 2015, Rabu dan bermula pada 2.15 petang. Oleh itu, aktiviti ko-kurikulum akan ditangguhkan sehingga diberitahu.

3.6              Makluman untuk semua, Ujian Prestasi 1 bagi tahun 1 hingga 5 dan Pra UPSR 1 bagi tahun 6 akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Mac 2015. Mohon murid hadir kecuali di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3.7              Pemberitahuan juga kepada semua guru yang mengajar Tahun 1 hingga Tahun 5 hadir bagi mesyuarat pengurusan PBS pada 3 Mac 2015 bersamaan dengan hari Selasa.

3.8              Program Solat Hajat bersama ibu bapa bagi murid tahun 6 akan diadakan pada hari Khamis minggu hadapan bersamaan dengan 12 Mac 2015. Mohon Panitia Pendidikan Islam supaya membuat Jawatan Kuasa Program ini.

3.9              Cikgu Sapri turut memberitahu jika menggunakan dewan pada hari Sabtu atau Ahad, mohon supaya menyusun semula kerusi bagi perhimpunan rasmi pada hari Isnin.

3.10          Peringatan kepada murid supaya menjaga kesihatan terutama ketika cuaca yang tidak menentu dan panas ini dan mengamalkan minum air masak atau air kosong dan mengurangkan aktiviti luar.

3.11          Perhimpunan bersurai pada jam 7:30 pagi.