Sejarah Sekolah

Print
Category: Pentadbiran
Published on 08 July 2014
Written by Super User Hits: 1603

Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Miri ditubuhkan pada tahun 1991. Lokasi asalnya di Masjid Jamek Miri. Sekolah ini adalah salah sebuah dari lapan buah sekolah agama di Negeri Sarawak. ia di inisiatif oleh Majlis Agama Islam Sarawak (MIS). Pada Tahun 1991 hingga 1992, hanya terdapat 2 buah kelas dan 7 orang guru sahaja. Pada tahun 1996, ia berpindah ke bangunan baru di Pujut Padang Kerbau yang bernilai 3.5 juta. Pada tahun 2000 sekolah ini telah dianugerahkan Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Sarawak, berdasarkan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2004, sekolah ini telah mendapat Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak dalam kategori sekolah rendah paling  cemerlang Negeri Sarawak. Pada tahun 2008, sekolah ini telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang, kategori bandar Sempena Hari Kualiti Menteri Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2011, SK Agama (MIS) telah dianugerah sebaga Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 – 2011 dan seterusnya terkini sekolah dinaiktaraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2012.

Penempatan Sekolah

SK Agama (MIS) Miri terletak di lokasi bandar iaitu 6km dari bandar Miri, Sekolah menengah yang paling hampir ialah SMK Dato Permaisuri dengan jarak 3 km, sekolah rendah yang hampir ialah SK Pujut Corner dengan jarak 1 km. Lokasinya adalah bersebelahan dengan terminal bas ke bandar-bandar untama Negeri Sarawak. Penempatannya adalah dalam kawasan Pujut Padang Kerbau. Ia berada dalam Kawasan Parlimen – Miri dan Dewan Undangan Negeri – Pujut.