SUNNAH RASULULLAH

Print
Category: Amalan Terbaik
Published on 24 February 2015
Written by Super User Hits: 700

PENGENALAN PROGRAM SR (SUNNAH RASULULLAH)

Rasulullah s.a.w. adalah insan yang mencapai kejayaan secara holistik di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ahzab 33;21, “ Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik”. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. perlu diterapkan sejak anak-anak masih kecil. Mereka mesti jadikan Baginda S.A.W. sebagai idola yang diikuti sehingga akhir hayat.  Semoga murid-murid Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Miri menjadi insan cemerlang dan soleh seperti Rasulullah S.A.W.

OBJEKTIF PROGRAM SR (SUNNAH RASULULLAH)

Melalui program ini murid-murid dapat
·    Mengenali Rasulullah S.A.W. serta menjadikan Baginda idola yang diikuti sehingga akhir hayat
·    Mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah S.A.W.
·    Mendidik murid-murid beramal dengan akhlak terpuji sejak kecil
·    Melahirkan pemimpin yang memenuhi ruang lingkup perjuangan Islam
·    Melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM SUNNAH RASULULLAH SAW

1.    PELANCARAN PROGRAM SUNNAH RASULULLAH
2.    BANNER SUNNAH RASULULLAH
3.    SLOT   “1 MINGGU 1 SUNNAH”
4.    ANUGERAH TOKOH MURID BULANAN
5.    KUIZ MINGGUAN
6.    PENGEDARAN RISALAH SAYANG RASULULLAH
7.    PERTANDINGAN MEREKA VIDEO “SUNNAH RASULULLAH” (TAHAP 2)
8.    PERTANDINGAN MEWARNA (TAHAP 1)